Thursday, 4 June 2015

10 gambar inovasi dalam bidang perubatan



1. THERMO MIRROR


Termometer unik ini dibuat dalam dua versi dengan harga masing-masing 98 ribu Yen dan 12 ribu Yen. Termometer ini digunakan secara meluas di Jepun. Dapat memantau suhu badan dengan cara melihat di cermin.


2. iPhone & BP Monitor


Cuff BP disambungkan dengan  iPhone app dan pengguna boleh mendapatkan bacaan BP secara berkesan.  Sesuai untuk melancong, senang dibawa dan mudah. Untuk anda dan sesiapa sahaja.



3. ROBOT JURURAWAT



Robot jururawat yang diberi oleh nama uBOT-5 ini diperkembangkan oleh Rod Grupen, ilmuwan komputer dari Universit Massachusetts. uBOT-5 ditambah dengan dua tangan yang boleh membawa benda kecil. Keunikan, robot ini juga dapat mempergunakan stetoskop untuk memeriksa keadaan kesihatan pesakit.


4. Pronto – 7

 Ia berupaya memeriksa jumlah hemoglobin, SpO2, kadar nadi dan “perfusion” index dengan cepat tanpa menggunakan invasif prosedur. Alat ini unik kerana pesakit tidak perlu dicucuk untuk memerhatikan kadar hemoglobin seorang pesakit terutamanya yang kritikal.




5. ONYX II MODEL 9560 WIRELESS FINGERTIP PULSE OXIMETER


Bacaan kadar nadi dan oksigen di dalam badan. Alat ini membantu memantau kesihatan peakit terutamanya bagi pesakit kronik seperti Chronic Obstructive Pulmonary Disease (COPD), Congestive Heart Failure (CHF) atau Asthma. Ianya sesuai bagi memastikan tahap kesihatan harian pesakit terbabit.



6. LASER OPTIK

Sinaran laser mengubah bentuk kornea dan  kelengkungan kornea. Dalam kes rabun jauh (miopia) kelengkungan ini menjadi lebih rata; lebih curam dalam kes rabun dekat ( hiperopia ), atau lebih bulat dalam kes astigmatisme.




7. Provent 

Satu alat bantu tidur untuk pesakit yang mempunyai penyakit Obstructive Sleep Apnoea (OSA). OSA adalah satu keadaan di mana nafas pesakit akan berhenti ketika tidur. Sebelum munculnya teknologi Provent ini, alat yang biasanya digunakan oleh pesakit untuk membantu mereka bernafas ketika tidur ialah mesin Continuous positive airway pressure therapy (CPAP). Walaupun Provent mempunyai peranan yang sama dengan CPAP namun Provent lebih mesra pengguna dan ianya lebih murah berbanding mesin CPAP. Tidak dinafikan CPAP masih lagi alat bantu yang terbaik untuk pesakit OSA, namun Provent sangat berguna terutama untuk pesakit yang suka melancong. Aplikasi Provent akan menggunakan sistem satu hala injap, yang akan membantu pesakit memastikan saluran pernafasan sentiasa terbuka ketika tidur. Provent sesuai untuk pesakit yang menghidapi OSA yang ringan, sederhana dan teruk. Harga sepasang Provent yang boleh digunakan untuk semalaman adalah sebanyak RM10.

8. Leveraged Freedom Chair

Leveraged Freedom Chair(LFC) satu ciptaan bari dihasil bagi mengatasi masalah ini. Reka bentuk kerusi roda ini membolehkan ia bergerak di atas pelbagai permukaan. Keupayaan LFC dalam mendatangkan kepuasan kepada pengguna sememangnya tidak dapat dinafikan. Malahan inovasi telah terpilih menjadi salah satu peserta peringkat akhir dalam Fast Company Innovation by Design Awards yang diadakan pada tahun 2012. 


9. Vital Connect Health Patch


Seorang pengarah eksekutif, Daniel Kraft, MD ketika sedang membuat pembentangan mengenai teknologi dalam kesihatan dalam satu seminar dengan tiba-tiba menekan satu butang pada laptop, kemudian elektrokardiogram, tekanan darah, denyut jantung, dan suhu badannya terus terpapar di skrin layar. Para penonton terpana seketika. Rupa-rupanya dia sedang memakai Vital Connect Healthpatch Biosensor yang mampu untuk mengumpulkan data seperti yang di atas dan juga mampu mengesan keseimbangan badan anda, dan boleh menjadi satu tanda alert untuk anda sekiranya ada mempunyai risiko untuk jatuh.




10. Mesin PreVue Ultrasound

Merupakan satu alat yang dicipta untuk melihat perkembangan bayi semasa 9 bulan dalam kandungan. Ia adalah satu alat elektronik berpangkalan peranti yang menggunakan teknologi paparan stretchable moden untuk melihat kawasan-kawasan abdomen terutamanya di dalam rahim ibu. Lazimnya ibubapa hanya berpeluang melihat anak mereka dua kali di imbas sebelum dilahirkan. Bagaimanapun dengan alat perubatan ini ibubapa boleh melihat bayi bergerak, tidur, mneguap atau senyum pada bila-ila masa sahaja. Ia juga menggalakkan hubungan ibu dan anak semakin rapat. Alat ini juga digunakan intuk melihat bagaimana reflex bayi dan menjawab rangsangan luaran seperti suara dan muzik. 

No comments:

Post a Comment