Tuesday, 23 June 2015

isu terkini-celik komputer

            Teknologi dalam pendidikan merupakan satu sistem yang meliputi alat dan bahan media, organisasi yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanannya dalam pembelajaran. Ia merupakan proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia memfokuskan kepada isi-isi penting kepada topik - topik tertentu yang akan disampaikan. Cara ini membolehkan penggunaan masa,tenaga dan seterusnya wang dapat dijimatkan. Selain itu juga ia dapat mengelakkan rasa bosan pelajar seterusnya menbantu  mengekalkan minat pelajar - pelajar. Selain daripada  itu, dengan adanya teknologi dalam pendidikan juga bolehboleh menghiburkan  menghiburkan para pelajar. 


          Dengan adanya teknologi dalam pendidikan ini, ia dapat mengelakkan berlakunya kejadian tidak faham atau salah tafsir terhadap konsep melalui deria melihat, mendengar atau menyentuh. Disamping itu juga ia dapat membetulkan sebarang kekeliruan atau salah tafsir kerana ia memberi sesuatu gambaran yang menyeluruh dan jelas tentang sesuatu konsep dan kaitannya dengan kehidupan seharian. Sebagai contoh, penggunaan visual yang diikuti oleh audio akan melibatkan deria lihat dan dengar dan mungkin deria sentuh. Penglibatan deria ini akan meningkatkan daya ingatan pelajar. Ia juga dapat membantu pelajar mudah dan cepat mengingati apa yang telah dipelajari kerana mereka belajar dalam suasana yang tidak tres/tidak tertekan. Teknologi dalam pendidikan memberi kelainan dan kepelbagaian kepada kaedah mengajar iaitu membantu pelajar mendapat kesan pembelajaran yang maksimum dengan penggunaan masa yang minimum.

         Teknologi komunikasi dan maklumat merupakan medium sumber maklumat yang mudah dan cepat untuk memperolehi ilmu pengetahuan.Kesedaran tentang kepentingan teknologi maklumat ini telah mendorong kerajaan untuk menerapkan bidang tersebut sehingga ke peringkat sekolah rendah, khususnya bagi pelajar-pelajar yang berada di luar bandar. Ini adalah kerana selain daripada kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira), satu lagi kemahiran asas yang diperlukan oleh pelajar - pelajar untuk bersaing di alaf baru ini ialah celik komputer.
Celik komputer adalah apabila seseorang mempunyai kefahaman asas fungsi komputer, dapat menggunakan komputer bagi memudahkan pelaksanaan tugas-tugas harian sama ada untuk kegunaan peribadinya atau untuk pekerjaannya dengan cekap dan berkesan, dan dapat berinteraksi dengan komputer dengan cara menggunakan aplikasi-aplikasi seperti multimedia dan Internet. Kemajuan yang begitu pesat dalam bidang teknologi elektronik, satelit, telekomunikasi dan teknologi maklumat membolehkan seseorang itu menyampai, mengumpul, menyalurkan, menyebarkan, mengurus, memproses atau menyimpan pelbagai jenis maklumat dengan cepat dan mudah. terdapat pelbagai jenis sistem perincian yang boleh digunakan pakai untuk mengumpul dan mencari maklumat seperti  E-mel, World Wide Web, teknologi digital, Internet, CD-Rom serta bahan multimedia interaktif menjadi alat atau kemudahan baru dalam sistem pendidikan bersifat bestari.

         Kepentingan penggunaan teknologi dalam pendidikan sudah tidak dapat disangkal lagi. memang tidak dapat dinafikan  bahawa teknologi atau sesuatu alat bantu mengajar dalam bahasa sememangnya dapat membantu pencapaian pelajar menguasai aspek bahasa dengan lebih baik -(menurut Dowling, 1999; Giesert & Futrell, 1990; Mahzan Arshad, 2003).
Teknologi memberikan kesan yang besar terhadap proses P & P (pengajaran dan pembelajaran) terutama semasa membuat pemilihan bahan teknologi dalam pelbagai cara. Walau Bagaimana pun, guru harus mempunyai pengetahuan yang jelas dalam memilih sesuatu bahan teknologi yang boleh digunakan dengan berkesan dalam sesuatu sesi pengajaran dalam bilik darjah,
di samping mengetahui bagaimana hendak menilai secara berterusan bahan teknologi dan menentukan bahan teknologi yang akan digunakan untuk membantu dalam mencapai objektif pembelajaran. Selain daripada itu, pemilihan bahan teknologi bukanlah sukar dilakukan oleh seorang guru yang mempunyai pengalaman dalam menggunakan bahan serta kerap membuat penilaian kendiri terhadap pencapaian pelajar setelah sesuatu bahan digunakan.

        Kesimpulannya, kebolehan dan kemampuan menggunakan komputer dengan cekap dan berkesan dapat membantu pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sejak kerajaan mengumumkan usaha meningkatkan penggunaan ICT dalam pelbagai sektor, bidang pendidikan tidak terkecuali. Kini tiba masanya untuk Malaysia bersaing dalam arus pembangunan pembelajaran secara global dengan memantapkan sistem pendidikan yang sedia ada, setanding denagn kualiti pendidikan yang berteraskan ICT di peringkat antarabangsa. 

8 comments:

  1. celik komputer itu perlu, namun kita perlu berhati-hati supaya tidak terbawa-bawa dengan gadget sehingga terlupa segala urusan penting atau keluarga..

    ReplyDelete
  2. seharusnya kita sebagai pengguna komputer/ IT perlulah menggunakannya secara bijak dan berhemah .

    ReplyDelete
  3. saya setuju dengan pendapat zalkartini dan niffrin

    ReplyDelete
  4. saya setuju dengan pendapat zalkartini

    ReplyDelete
  5. kemahiran komputer amatlah berguna, namun penggunaanya haruslah secara berhemah.

    ReplyDelete
  6. Celik komputer perlu semua lapisan mengetahui kepentingan ICT supaya tidak ketinggalan zaman dan sentiasa berpengetahuan. Celik IT memudahkan urusan seharian dan menjimatkan masa.Boleh berhubung dengan semua orang hanya di hujung jari .

    ReplyDelete