Dengan adanya teknologi
dalam pendidikan ini, ia dapat mengelakkan berlakunya kejadian tidak faham atau
salah tafsir terhadap konsep melalui deria melihat, mendengar atau menyentuh.
Disamping itu juga ia dapat membetulkan sebarang kekeliruan atau salah tafsir
kerana ia memberi sesuatu gambaran yang menyeluruh dan jelas tentang sesuatu
konsep dan kaitannya dengan kehidupan seharian. Sebagai contoh, penggunaan
visual yang diikuti oleh audio akan melibatkan deria lihat dan dengar dan
mungkin deria sentuh. Penglibatan deria ini akan meningkatkan daya ingatan
pelajar. Ia juga dapat membantu pelajar mudah dan cepat mengingati apa yang telah
dipelajari kerana mereka belajar dalam suasana yang tidak tres/tidak tertekan.
Teknologi dalam pendidikan memberi kelainan dan kepelbagaian kepada kaedah
mengajar iaitu membantu pelajar mendapat kesan pembelajaran yang maksimum
dengan penggunaan masa yang minimum.
Teknologi komunikasi dan maklumat merupakan medium
sumber maklumat yang mudah dan cepat untuk memperolehi ilmu
pengetahuan.Kesedaran tentang kepentingan teknologi maklumat ini telah
mendorong kerajaan untuk menerapkan bidang tersebut sehingga ke peringkat
sekolah rendah, khususnya bagi pelajar-pelajar yang berada di luar bandar. Ini
adalah kerana selain daripada kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira), satu
lagi kemahiran asas yang diperlukan oleh pelajar - pelajar untuk bersaing di
alaf baru ini ialah celik
komputer.
Celik komputer adalah apabila seseorang mempunyai kefahaman asas
fungsi komputer, dapat menggunakan komputer bagi memudahkan pelaksanaan
tugas-tugas harian sama ada untuk kegunaan peribadinya atau untuk pekerjaannya
dengan cekap dan berkesan, dan dapat berinteraksi dengan komputer dengan cara
menggunakan aplikasi-aplikasi seperti multimedia dan Internet. Kemajuan yang
begitu pesat dalam bidang teknologi elektronik, satelit, telekomunikasi dan
teknologi maklumat membolehkan seseorang itu menyampai, mengumpul, menyalurkan,
menyebarkan, mengurus, memproses atau menyimpan pelbagai jenis maklumat dengan
cepat dan mudah. terdapat pelbagai jenis sistem perincian yang boleh digunakan
pakai untuk mengumpul dan mencari maklumat seperti E-mel, World Wide Web,
teknologi digital, Internet, CD-Rom serta bahan multimedia interaktif menjadi
alat atau kemudahan baru dalam sistem pendidikan bersifat bestari.
Kepentingan penggunaan teknologi dalam pendidikan
sudah tidak dapat disangkal lagi. memang tidak dapat dinafikan bahawa
teknologi atau sesuatu alat bantu mengajar dalam bahasa sememangnya dapat
membantu pencapaian pelajar menguasai aspek bahasa dengan lebih baik -(menurut
Dowling, 1999; Giesert & Futrell, 1990; Mahzan Arshad, 2003).
Teknologi memberikan kesan yang besar terhadap proses P & P (pengajaran dan pembelajaran) terutama semasa membuat pemilihan bahan teknologi dalam pelbagai cara. Walau Bagaimana pun, guru harus mempunyai pengetahuan yang jelas dalam memilih sesuatu bahan teknologi yang boleh digunakan dengan berkesan dalam sesuatu sesi pengajaran dalam bilik darjah,
di samping mengetahui bagaimana hendak menilai secara berterusan bahan teknologi dan menentukan bahan teknologi yang akan digunakan untuk membantu dalam mencapai objektif pembelajaran. Selain daripada itu, pemilihan bahan teknologi bukanlah sukar dilakukan oleh seorang guru yang mempunyai pengalaman dalam menggunakan bahan serta kerap membuat penilaian kendiri terhadap pencapaian pelajar setelah sesuatu bahan digunakan.
Teknologi memberikan kesan yang besar terhadap proses P & P (pengajaran dan pembelajaran) terutama semasa membuat pemilihan bahan teknologi dalam pelbagai cara. Walau Bagaimana pun, guru harus mempunyai pengetahuan yang jelas dalam memilih sesuatu bahan teknologi yang boleh digunakan dengan berkesan dalam sesuatu sesi pengajaran dalam bilik darjah,
di samping mengetahui bagaimana hendak menilai secara berterusan bahan teknologi dan menentukan bahan teknologi yang akan digunakan untuk membantu dalam mencapai objektif pembelajaran. Selain daripada itu, pemilihan bahan teknologi bukanlah sukar dilakukan oleh seorang guru yang mempunyai pengalaman dalam menggunakan bahan serta kerap membuat penilaian kendiri terhadap pencapaian pelajar setelah sesuatu bahan digunakan.
Kesimpulannya, kebolehan dan kemampuan menggunakan
komputer dengan cekap dan berkesan dapat membantu pelajar dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Sejak kerajaan mengumumkan usaha meningkatkan
penggunaan ICT dalam pelbagai sektor, bidang pendidikan tidak
terkecuali. Kini tiba masanya untuk Malaysia bersaing dalam arus
pembangunan pembelajaran secara global dengan memantapkan sistem pendidikan
yang sedia ada, setanding denagn kualiti pendidikan yang berteraskan ICT di peringkat
antarabangsa.
celik komputer itu perlu, namun kita perlu berhati-hati supaya tidak terbawa-bawa dengan gadget sehingga terlupa segala urusan penting atau keluarga..
ReplyDeleteseharusnya kita sebagai pengguna komputer/ IT perlulah menggunakannya secara bijak dan berhemah .
ReplyDeletesaya setuju dengan pendapat zalkartini dan niffrin
ReplyDeletesaya setuju dengan pendapat zalkartini
ReplyDeleteinfo yang terbaik
ReplyDeletekemahiran komputer amatlah berguna, namun penggunaanya haruslah secara berhemah.
ReplyDeleteCelik komputer perlu semua lapisan mengetahui kepentingan ICT supaya tidak ketinggalan zaman dan sentiasa berpengetahuan. Celik IT memudahkan urusan seharian dan menjimatkan masa.Boleh berhubung dengan semua orang hanya di hujung jari .
ReplyDeleteInfo yang menarik😀😉
ReplyDelete